Banner Sistem BKNS

MUKA DEPAN
| IKLAN TAWARAN BKNS | SEMAKAN PERMOHONAN |LUPA KATALALUAN
 

IKLAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2019

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.


(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
  Aktuari Sains Pertanian
  Juru Ukur Sains Tulen
  Kejuruteraan Seni Bina (Architecture)
  Kesihatan dan Perusahaan Ternak Teknologi Maklumat
  Pengurusan Hartanah Ukur Bahan
  Perakaunan  
2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
  Aktuari Sains Perakaunan
  Akuakultur Pergigian
  Ekonomi Perhutanan
  Farmasi Perikanan
  Kejuruteraan Pertanian
  Kesihatan dan Perusahaan Ternak Perubatan
  Keusahawanan Perubatan Veterinar
  Komunikasi Psikologi
  Juru Ukur Sains Alam Sekitar
  Muzik Sains Biologi Marin
  Pelancongan dan Hospitaliti Sains Bioteknologi
  Pendidikan Sains dan Teknologi Makanan
  Pengajian Islam Sains Komputer
  Pengangkutan dan Logistik Seni Bina (Architecture)
  Pengurusan Ladang Teknologi Maklumat
  Pengurusan Hartanah Ukur Bahan
  Pentadbiran Perniagaan Undang-Undang

(B) KELAYAKAN PEMOHON
1. Had Umur
 
1.1Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
 
1.2Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
     
2. Kelayakan Akademik
 
2.1Kursus Diploma
2.1.1Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurangkurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
2.2Kursus Sarjana Muda
2.2.1Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.33. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
2.2.2Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurangkurangnya Jayyid.
2.2.3Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
2.2.4Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
2.2.5Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
2.3Perubatan, Pergigian dan Farmasi
2.3.1Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja
2.4Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
   

(C) CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah melalui ‘online’ dengan melayari laman sesawang biasiswa.sabah.gov.my  mulai  26 Mac 2019.  Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi  yang  aktif.
   

(D) PERHATIAN
1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
2. Keputusan permohonan disemak melalui 'online'.
3. Kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
4. Tarikh tutup permohonan ialah 25 April 2019. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
   
 

 

 


Hakcipta Terpelihara © 2016-2019 Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri,
Kementerian Pelajaran dan Inovasi, Aras Bawah, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/088-288326/088-288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster.kpsktm@sabah.gov.my