Banner Sistem BKNS


MUKA DEPAN
| IKLAN TAWARAN BKNS |IKLAN TAWARAN BKNS PEGAWAI KERAJAAN| SEMAKAN PERMOHONAN

|LUPA KATALALUAN | MAKLUM BALAS
 

IKLAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2018

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.


(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
  Aktuari Sains Pertanian
  Juru Ukur Sains Tulen
  Kejuruteraan Seni Bina (Architecture)
  Kesihatan dan Perusahaan Ternak Teknologi Maklumat
  Pengurusan Hartanah Ukur Bahan
  Perakaunan  
2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
  Aktuari Sains Perakaunan
  Akuakultur Pergigian
  Ekonomi Perhutanan
  Farmasi Perikanan
  Kejuruteraan Pertanian
  Kesihatan dan Perusahaan Ternak Perubatan
  Keusahawanan Perubatan Veterinar
  Komunikasi Psikologi
  Juru Ukur Sains Alam Sekitar
  Muzik Sains Biologi Marin
  Pelancongan dan Hospitaliti Sains Bioteknologi
  Pendidikan Sains dan Teknologi Makanan
  Pengajian Islam Sains Komputer
  Pengangkutan dan Logistik Seni Bina (Architecture)
  Pengurusan Ladang Teknologi Maklumat
  Pengurusan Hartanah Ukur Bahan
  Pentadbiran Perniagaan Undang-Undang

(B) KELAYAKAN MEMOHON
1. Had Umur
  Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
     
2. Kelayakan Akademik
  Kursus Diploma
 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.  Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.

   
  Kursus Sarjana Muda
  Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3.  Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
  Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
 

Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

 

Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

   
  Perubatan, Pergigian dan Farmasi
 

Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/MatrikulasiTawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.

 

Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

   

(C) CARA MEMOHON
 

Permohonan dibuat melalui ‘online’ dengan melayari sesawang :www.biasiswa.sabah.gov.my  mulai  31  Mac  2018  Pemohon hendaklah  mempunyai e-mel peribadi  yang  aktif.

   

(D) PERHATIAN
  Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
  Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
  Tarikh tutup permohonan ialah 30 April 2018. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
   
  Klik Untuk Muat Turun IKLAN BKNS 2018

 

 


Hakcipta Terpelihara © 2016 Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri,
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Tingkat 1-5, Wisma Perindustrian,
Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-260 161 Faks: 088-256 161